Friday, May 15, 2009

DIY Touchup Tips

Jikalau anda yang jenis suke diy barang. Ini adalah untuk anda. Senang je nak touchup, bergantung pada ape yang nak dibuat. Kalau calar yang tidak mendalam, gosok dengan kertas pasir 1500 dan wax/polish dengan buffer (ada dijual di supermarket besar seperti jusco/acehardware). Process ini dinamakan buffing. So, carilah, buffing compound untuk hilangkan kesan calar dari kertas pasir 1500 tadi. Jangan gune kertas pasir gred lagi rendah kecuali anda bilas dengan 1500 sebab takut calar dia mendalam n tak dapat diselamatkan.

Untuk tempat yang memang makan dalam, kenelah anda beli cat. Kalau sikit-sikit tu, gune je lah berus. kalau agak besar, Beli spray tin yang code sama dengan color code kereta anda. Gosok balik tempat yang nak dicat dengan kertas pasir 320 bilas dengan 600. Pastikan bersih dan kering, lepas tu spray. Nozel spray ada 2 jenis, satu yang bulat, satu yang bujur. Bujur lah yang harus dicari kerana anda harus berlayer-layer spray. Mulakan dari atas (contohnya pintu) spray dari kiri ke kanan dengan kelajuan sederhana. Jangan terlampau perlahan sebab cat akan menleleh. Buat satu line atas skali, line ke dua bawah skit makan dalam 50% dari lapisan yang diatas sampailah kebawah. Bila sampai ke bawah, ia dikira 1 layer. Tunggu dalam 20 minit untuk layer seterusnya supaya cat agak kering-kering manja. jika tidak kering, color tak penetrate dan tak melekat. buatlah dalam 3 layer atau sehinga puas atau bila tidak nampak belak. Setelah selesai, anda perlu menggunakan Laquer/Clear untuk menutup cat base tadi. Gunakan teknik yang sama tetapi untuk layer pertama, jangan terlalu basah. tunggu 20 minit juga setiap layer. Setelah selesai, biarkan kering di tengah matahari panas yang membara. ini akan tarik cat supaya kering dan berkilauan seperti bubuh air. :) dan jikalau anda adventures, inilah masa untuk Polish atau Cut-Buff.

Cuba jangan tak cuba.

Saya juga menjual cat spray tin nozel bujur untuk segala apa jenis kereta dan color code. Untuk mengorder, just email/sms/message. Variasi brand dari Autocolor/Dupont atau Dumex/Ici Dulux.

ok, walauapepun, pastikan keselamatan anda semasa berkerja dengan cat.
ia adalah mudarat dan berbahaya jika di-inhale untuk jangan masa panjang.
safety first.
good luck!